Jumaat, 18 Mac 2011

Nanah, darah penghuni neraka untuk peminum arak


ORANG minum arak atau minuman yang memabukkan walau apa sekalipun bahan asal atau namanya, akan dikenakan hukuman hudud. Tanpa mengira sama ada sedikit mahupun banyak.

Nabi Muhammad pernah ditanya mengenai tuak yang diperbuat daripada madu (al-bit’u) dan juga yang diperbuat daripada barli serta jagung (al-mizr), lalu Baginda bertanya: Adakah ia memabukkan? Sahabat berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Semua yang memabukkan haram.”

Allah menjanjikan bahawa sesiapa saja minum yang memabukkan akan diberikan minum lumpur busuk.

Sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur busuk?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan air (nanah dan darah) penghuni neraka.”

Hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 kali sebatan. Namun hukuman ini boleh mencecah sehingga 80 kali sebatan sebagai hukuman takzir, bukan hudud.

Daripada Anas Malik r.a; Nabi Muhammad pernah memukul pesalah minum arak dengan kasut dan pelepah sebanyak 40 sekali. Pelepah di sini ialah pelepah pokok kurma yang diasingkan daripada daunnya.

Namun sekiranya perlu, pemerintah boleh menambah 40 sebatan lagi kepada hukuman ini sebagai hukuman takzir. Terutama apabila kesalahan minum arak ini berleluasa. Tindakan ini sebagai suatu langkah pencegahan.

Dalil yang menunjukkan hukuman tambahan ini sebagai takzir bukan hudud ialah hadis: Uthman pernah memerintahkan supaya al-Walid `Uqbah Abu Mu’ait disebat. Beliau disebat oleh Abdullah Ja’far dan Ali mengira sehingga sampai 40. Uthman berkata: “Berhenti.” Kemudian dia berkata pula: “Nabi merotan sebanyak 40 kali, Abu Bakar sebanyak 40 kali dan Umar sebanyak 80 kali, semua ini sunnah tetapi saya lebih suka setakat ini.”

Maksudnya beliau lebih suka sebatan sebanyak 40 kali. Jumlah ini amalan Rasulullah dan lebih bersifat berhati-hati dalam menghukum agar tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

Pembuktian: Hukuman hudud bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan boleh disabitkan berpandukan kepada dua kaedah berikut:

Bukti iaitu keterangan dua saksi Muslim yang adil.

Pengakuan iaitu pesalah membuat pengakuan meminumnya. Pengakuan sudah tentu menjadi hujah menggantikan bukti. Dengan ini, hukuman ini tidak boleh disabitkan berdasarkan muntah atau mencium bau mulut kerana ada kemungkinan ia diminum secara paksa atau tersilap. Dalam keadaan ini, hudud digugurkan kerana wujud keraguan.

Petikan: Kitab Fikah Mazhab Syafie

Tiada ulasan:


Fish Aquarium For Myspace at WishAFriend.com

Myspace Drawing Pad at WishAFriend.com